Wow Mengejutkan!!! Inilah Sebab Kenapa Diaz Akan Dijual dan Hariss Akan Bermain Di Luar Negara


Musim Liga 2017 akan bermula tidak lama lagi,macam biasa transfer player akan menjadi perbualan hangat bagi peminat bola sepak di Malaysia terutama pasukan yang gah seperti JDT. Baru-baru ini juga kita tidak melihat ayam tambatan JDT berada di Kem latihan,malah terbaru Diaz telah memuat naik statusnya di FB beliau yang mengatakan seperti dibawah :


Fuh,agak kontroversi juga status Diaz tu,ramai fans cuba membuat andaian apa yang terjadi kepada Diaz sama ada beliau marah ke. Pada admin status beliau diatas umpama status kiasan terhadap pengurusan JDT. Nampaknya spekulasi yang mengatakan Diaz tidak akan bermain di JDT musim hadapan terjawab yang mana FB JST memuat naik berita tersebut. Jom ikuti dibawah :

JORGE PEREYRA DIAZ AKAN DIJUAL DAN HARISS HARUN AKAN DIPINJAMKAN KE KELAB PORTUGAL ATAU JEPUN


Saya telah membuat keputusan dan pihak pengurusan telah bersetuju untuk menjual penyerang luar negara kami, Jorge Pereyra Diaz kerana kami telah mendapat satu tawaran baru yang cukup baik buat kelab. Beliau mahu terus kekal di sini tetapi kami tidak mampu untuk membayar gaji baru yang dipinta dan kami perlu mengawal perbelanjaan duit kelab. 

Oleh itu, keputusan untuk menjual beliau adalah tepat. Hariss Harun pula adalah seorang pemain yang bagus dan cukup berdisiplin. Beliau amat bermakna buat kelab dan kami akan menghantar beliau ke kelab Portugal atau Jepun secara pinjaman selama setahun. Saya pasti dengan umur beliau sekarang, corak permainannya akan meningkat lebih baik jika beliau diberi peluang untuk bermain di tahap yang lebih tinggi. Beliau akan menjadi satu aset utama buat kelab pada masa akan datang selepas kembali bermain dengan kelab luar tersebut. Buat masa sekarang, ini adalah perancangan yang terbaik buat kelab.

Mario Gomez, Pengurus/Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

Adakah peminat berpuas hati? Tepuk dada tanya selera. This is football dan ini juga adalah bisness bolasepak. Sebagai kelab kita mesti menjaga kewangan kelab untuk meminimakan perbelanjaan. Ramai peminat juga yang tidak boleh terima tapi inilah lumrah bola sepak. Kalau kita nak JDT berada lama dalam arena bola sepak kita mesti jaga segala aspek termasuk kewangan. 

Apapon admin harap peminat JDT kat luar sana sentiasa support pengurusan JDT. Manalah tahu JDT buat kejutan membeli pemain yang luar biasa seperti Diaz. Dan inilah peluang kepada pemain tempatan kita seperti Safee Sali untuk menggantikan Diaz dan Shakir untuk menggantikan Hariss.


0 Response to "Wow Mengejutkan!!! Inilah Sebab Kenapa Diaz Akan Dijual dan Hariss Akan Bermain Di Luar Negara"

Posting Komentar