Petikan Ucapan DYAM Tunku Mahkota Johor Berkenaan Projek Pembangunan Iskandar


Selamat petang tuan-tuan dan puan-puan, terima kasih atas kehadiran. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato Seri Najib kerana bersama kami pada majlis yang istimewa pada hari ini.

Pertama sekali, saya ingin memberitahu kepada Dato Seri bahawa anda sedang memandang kepada Brigadier Jeneral yang sebenar bukannya Brigadier Jeneral Kehormat.

Saya di sini untuk berkongsi pandangan dan pendapat saya mengenai Projek Pembangunan Iskandar.

Disember 2016 telah menandakan separuh daripada perjalanan perancangan pembangunan 20 tahun Iskandar Malaysia, sejak ia dilancarkan pada November 2006.

Visi kita adalah untuk mempunyai sebuah bandar Metropolis yang kukuh dan mampan.

Saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk melihat kembali kemajuan dan memberikan tumpuan terhadap visi dalam mencapai matlamat pada 10 tahun akan datang.

Kami juga mempunyai perancangan untuk meningkatkan jumlah penduduk daripada 1.7 juta kepada 3 juta penduduk.

Baru-baru ini, terdapat komen negatif tentang lebihan hartanah, dan ini adalah tidak benar. Ia adalah kerana kadar aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan masih belum seiring.

Untuk mencapai objektif kami pada tahun 2025, anda akan memerlukan sebanyak 666,000 unit rumah. Pada masa ini, kami hanya ada 410,000 unit. Dengan ini, tidak timbul isu lebihan.

Kami telah mencapai beberapa kemajuan dan kejayaan sejak 10 tahun yang lalu, tetapi kami perlu berpegang kepada perancangan untuk mencapai matlamat kami pada tahun 2025.

Bagi saya, kita perlu melihat 3 perkara utama jika mahu mencapai matlamat pada tahun 2025, yang hanya 10 tahun dari sekarang, dan ia adalah; KESELAMATAN, "CONNECTIVITY", dan PELUANG PEKERJAAN.


Mengapa KESELAMATAN penting? 
Jelas sekali isu keselamatan penting, tetapi PERSEPSI juga sama penting. Itulah sebabnya kita perlu menangani isu keselamatan dengan cukup baik.

"CONNECTIVITY" adalah sama penting. 
Perhubungan antara Singapura dan Johor amat penting, sama ada jalan raya, jalan kereta api atau pun pengangkutan air seperti feri.

Akhir sekali, PELUANG PEKERJAAN. 
Ini termasuk meningkatkan tahap kemahiran, institusi latihan, dan juga industri penjagaan kesihatan.

Saya percaya jika kita benar-benar fokus kepada 3 perkara utama ini, kita akan dapat mencapai matlamat kita pada tahun 2025. Kerana KEGAGALAN di Iskandar Malaysia adalah TIDAK BOLEH DITERIMA. Ini bermakna kita perlu sangat berdisiplin dan berpegang kepada pelan tersebut.

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----

EXCERPT OF HRH CROWN PRINCE OF JOHOR'S SPEECH ABOUT ISKANDAR DEVELOPMENT PROJECT

Good afternoon ladies and gentleman, thank you for coming. I would also like to say thank you to our Prime Minister, Dato’ Seri Najib for being with us at this special event today.

First of all i would like to say Dato' Seri u are looking at the real Brigadier General not an Honorary Brigadier General.

I am here to share my views and thoughts regarding the Iskandar Development Project.

December 2016 is the half way mark of the 20 year development plan of Iskandar Malaysia, since it’s launching in November 2006.

The vision is to have a strong and sustainable Metropolis.

I think that this is a good time to review the progress and focus on the vision to achieve in the next coming 10 years.

We also have a plan to increase total population of 1.7 million to 3 million.

Recently, there have been negative comments about property oversupply, and this is not true. It is because the pace of economic activities and work creation have yet to catch up.

To achieve our objective by the year 2025, you will need 666,000 homes and units. Currently, we are only at 410,000. With this, there is no such thing as oversupply.

We have achieved some progress and success for the past 10 years, but we have to stick to the plan to achieve our goal by 2025.

To me, we really have to look at 3 major areas if we want to achieve our goal by the year 2025, which is 10 years from now, and it is; SECURITY, CONNECTIVITY, and WORK CREATION.

Why is SECURITY important? 
Obviously in terms of safety, but the PERCEPTION is also important. That is why we have to tackle security very carefully.

CONNECTIVITY is equally important.
Connectivity between Singapore and Johor is very important, be it roads, railways or water transportation such as ferries.

Lastly, WORK CREATION.
This includes enhancing skills, training institution, and also health care industries.

I believe that if we really focus on these 3 major areas, we will be able to achieve our goals by the year 2025. Because FAILURE in Iskandar Malaysia is UNNACCEPTABLE. This means we have to very discipline and stick to the plan.







Thank you very much ladies and gentlemen.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor

Nantikan video ucapan DYAM Tunku Mahkota Johor berkenaan Projek Pembangunan Iskandar ini dimana para hadirin kagum melihat baginda berucap tanpa ada teks ucapan.

Video ucapan DYAM Tunku Mahkota Johor mengenai Projek Pembangunan Iskandar di Pinewood Studio, Iskandar Puteri. Luaskan Kuasamu Johor.

0 Response to "Petikan Ucapan DYAM Tunku Mahkota Johor Berkenaan Projek Pembangunan Iskandar"

Posting Komentar