Kenapa Safee Sali Masih Berada Di JDT 2017 ? Ingat Senangke Cari Pengganti Safee Sali !!!


Spekulasi ramai pemain JDT akan bermain dan berhijrah ternyata sama sekali tidak kerana apa yang admin perhatikan hanya beberapa orang sahaja pemain yang berhijrah. Hangat untuk diperkatakan penyerang sensasi suatu ketika dahulu iaitu Safee Sali yang pernah menjadi penyerang berbisa Malaya dan juga beliau pernah menjaringkan beberapa Gol Lipatan Gunting yang jarang-jarang pemain tempatan boleh melakukan itulah dia Safee Sali. 

Meskipon ramai yang tahu prestasi beliau sejak 2-3 tahun kebelakangan ini kurang memuaskan tetapi apa yang admin perhatikan beliau masih mempunyai kudrat untuk menyumbangkan sesuatu kepada kelab dan juga team yang beliau bermain. Admin harap kepada fans diluar sana terutama fans JDT tolonglah bagi support moral kepada Safee,beliau masih lagi diperlukan di JDT dan masih mempunyai masa terbaik sebelom bersara. Ingat senangke nak cari pengganti Safee Sali.

Berikut ada beberapa sebab kenapa Safee Sali masih berada dan meneruskan kariernya di JDT 2017 :

1. Safee Sali boleh menjadi senjata rahsia dan simpanan JDT
2. Safee masih on form bleh tengok masa AFF Suzuki 2016,beliau banyak peluang dan bagi assist gol
3. Maybe hanya JDT saja mampu bayar Gaji Safee Sali,haha. Team lain takut nak beli kot.
4. Safee Sali boleh buat gol yang rare dan epik moment. Ha,ni memang cun kalau dia lipat der.
5. Senior dan otai lama yang perlu untuk memberi tunjuk ajar kepada adik junior muda JDT,kerana rata-rata kemasukan player baru adalah 23 tahun ke bawah.
6. Restoran Nasi Padang Safee ada kat JB,haha
7. Mario Gomez mahu Safee Sali tunjukkan perform terbaik

Apapon yang berlaku keatas Safee, admin harap semua penyokong terus bagi sokongan pada beliau. Inilah masanya beliau perlukan korang. Dan yang pasti Safee Sali boleh mengambil peluang untuk menggantikan Pereyra Diaz yang akan dijual ke kelab luar. 

#SupportSafeeSali

0 Response to "Kenapa Safee Sali Masih Berada Di JDT 2017 ? Ingat Senangke Cari Pengganti Safee Sali !!!"

Posting Komentar