FAKTA MENARIK MENGENAI JOHOR DARUL TA'ZIM


• Untuk musim baru, JDT akan mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih yang telah dimenangi dua kali berturut-turut iaitu pada tahun 2015 dan 2016.

• Pastinya mempertahankan dua piala penting iaitu Liga Super Malaysia dan Piala FA tidak akan dipandang mudah memandangkan ianya tiket untuk saingan ke Piala AFC dan oleh itu, cabaran getir dari pasukan lain menanti JDT.

• Persiapan dan sesi latihan pasukan JDT dimulakan awal adalah kerana selain untuk perlawanan pra-musim, JDT turut terlibat dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia yang bermula tidak lama lagi.

• Strategi baru serta beberapa nama baru dalam barisan pemain JDT untuk musim 2017 pastinya akan menyaksikan perubahan corak taktikal secara keseluruhan buat pasukan Harimau Selatan.

• Kekebalan Stadium Larkin dengan rekod 44 perlawanan tanpa kalah sepanjang saingan Liga Super Malaysia dari tahun 2013 ditambah dengan sokongan padu penyokong pastinya bukan perkara mudah untuk pasukan lawan yang bertandang.



INTERESTING FACTS ABOUT JOHOR DARUL TA'ZIM

• For the new season, JDT will defend the Charity Cup which they won two years in a row - in 2015 and 2016.

• Without a doubt, defending the two important trophies, the Malaysian Super League and the FA Cup, will not be taken lightly, as either secures a ticket to the AFC Cup, so tough challenges from other teams will await JDT.

• JDT's preparation and training sessions started early due to not only preseason matches, but also JDT's involvement in the AFC Champions League qualifying ahead.

• New strategies as well as players for JDT for the 2017 season will surely see complete tactical changes for the Southern Tigers.

• With a record of 44 unbeaten matches in the Malaysian Super League since 2013, the Larkin Stadium's impregnability along with the fan support will surely make it difficult for visiting teams.

Hidup Johor Demi Johor

0 Response to "FAKTA MENARIK MENGENAI JOHOR DARUL TA'ZIM"

Posting Komentar