Kisah Seram Akibat Tak Mandi Wajib...




Kisah Seram Akibat Tak Mandi Wajib... Kisah ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah in 

berlaku kira2 pada tahun 80an. Kakak saya mempunyai kawan perempuan 

yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju.

Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama. Kalau

datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku,

satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.



Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas 

dan terus ajak pulang.Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak 

cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2.



Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. 

Sebab tulah tak sukabalik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana

dia ni tak ada pantang larang, dia balik, bukapintu, dalam gelap2 dia 

masuk bilik. 



Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil.Tiba2 sedang dia 

pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar,kuat

bunyinya. Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke

tengkuk. 



Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa 

pun tak guna. Kemudian diaterdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” 

Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya.





Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak 

di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada `katil 

dan satu almari di tepi sahaja,jadi tengah2 semua kosong.Namun, semasa

merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu. Dia pun apa lagi,terus cepat2 

meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. 



Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan 

suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni, apalagi 

muka suaminya punyalah berang. Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa

terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang,menyusahkan orang

 aje bawak benda2 ni balik…”



Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak

tidur dalam bilik temannyatapi suami temannya tak benarkan, memang 

padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an 

di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing

telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium… -FM

View the original article here

1 Response to "Kisah Seram Akibat Tak Mandi Wajib..."

  1. Sesungguhnya, Hanya sepotong ayat dapat menjadi ilmu.. eloklah diperhebahkan dan diAmalkan.

    mari belajar cara mandi wajib lelaki

    BalasHapus